CERITA ANJING TOK PERAN  

Posted by Tok Bathin



3 EKOR ANJING

Saja-saja nak cerita ..


ANJING pertama: Duduk depan pintu pagar. Orang lalu salak. Orang masuk pagar juga salak. Nak repong kaki musuh belum tentu. Suara nak kuat melalak. Ada masa tuannya juga disalak. Balik sumpah lalu pun disalak. Biawak pun disalak. Babi pun disalak. Lembu pun disalak, Daun jatuh pun disalak. Bulan mengambang pun disalak. Roket naik ke angkasa pun disalak. Nampak anak bulan kembar pun disalak. Awan berarak pun disalak. Tugasnya menyalak saja untuk dapat sepinggan nasi pagi, sepinggan petang. Ada masanya sepinggan sampai pagi petang berlaukkan kepala ikan takok masin! Sesekali ada juga disuruh mengintai-intai sarang musuh tuannya. tapi tidak boleh bertindak. Tunggu arahan tuannya. Anjing ini dipanggil Anjing Pengampu!

ANJING kedua: Duduk dalam rumah. Comel. Mata bersinar cahaya. Manja. Main atas kosyen lembut. Tidur atas tilam empok. Makan sedap-sedap, ada masa diimpot dari luar negara. Selalu dibawa berjalan-jalan oleh tuannya. Suaranya halus. Sekali bunyi menghiburkan tuannya. Untuk menjaganyalah terpaksa tuannnya cari duit lebih selain dari gaji dengan elaun. Ada masa tuannya kena ambil rasuah kalau pun tidak mencuri balak haram,. Mencuri pasir haram! Anjing ini dpanggil Anjing Haram Jadah!

ANJING ketiga: Garang! Muka bengis saja. Selalunya diberikan arak atau pil perangsang bengis sebelum memburu. Pantang jumpa musuh tuannya, hambat, belasah, pijak kerumun ramai-ramai, gigit, kitai, repong, heret. Makanannya pun tak seberapa juga. Ada masanya tersalah langkah dia pula kena seret oleh tuannya kerana tuannya nak cover line siapa bunuh panda comel? Anjing ini dipanggil Anjing Mabok Todi!

Opppp! Tunggu Nak Tambah.

ANJING keempat: Bila tiba musim raya dapatlah makan ketupat. Kalau anjing ni orang macam tuannya, memang sah dia ni kuat mengumpat. Dia lupa yang dia dan anak-anak dia dapat biasiswa sekolah. Dia juga lupa yang dia dapat subsidi yang kerajaan beri. Dia ni jenis anjing yang lupa diri. Cuba teka siapa dia anjing ni? TP!

APAKAH KERAJAAN DAN AGENSI-AGENSI KERAJAAN TELUS?  

Posted by Tok Bathin

Apakah Kerajaan dan Agensi-agensi Kerajaan bersikap telus dalam pemberian tender? Terbaru adalah Kem Kecemerlangan Alam Sekitar Sungai Tabong di Kuala Tahan, Jerantut. Kem berkenaan telah dibina oleh JKR dengan kerjasama UPEN,JPS serta Perhutanan Pahang. Siap dibina beberapa tahun lalu dan prtoses tender telahpun dibuat. Kita telahpun dimaklumkan bahawa ada individu telah disahkan mendapat tender berkenaan namun ianya ditangguhkan oleh Exco Pelancongan dahulu atas sebab-sebab tersendiri. Bagaimanapun setelah beliau tidak lagi mencengkam dalam kuasa yang melibatkan projek berkenaan maka sekali lagi tender dibukakan. Malangnya tidak ada sesiapapun yang dipanggil untuk membuat ‘presentation’ seperti dahulu dan kem tersebut telah diberikan kepada individu lagi secara ‘pemberian terus’ (?)

Kita sangat kesal dan dukacita dengan keputusan Jabatan Hutan Pahang kerana membuatkan keputusan demikian. Sekiranya kem ini hendak diberikan kepada orang-orang tertentu, kenapakah tender dibukakan? Kenapa tidak diberi secara runding terus? Ini meletakkan harapan kepada mereka yang berminat disamping menyusahkan mereka.

Jabatan Hutan Pahang juga dikecam kerana memberikan tender pengurusan Taman Rimba Kenong kepada sebuah syarikat bukan bumiputera sedangkan dalam syarat terdahulu ianya adalah satu kewajipan. Dimana sikap telus agensi kerajaan itu? Mungkin kita boleh mendapatkan maklumat berkenaan daripada bekas Pegawai Hutan Daerah Tuan Haji ‘Shaklee’ Hasbullah.

UPEN juga dikecam berikutan kes Pesona Resort di Kuala Tahan. Pengusaha terdahulu dilihat gagal menjelaskan bayaran oleh yang demikian pihak kerajaan telah memutuskan untuk menender semula. Bagaimanapun setelah tender dikeluarkan pihak pengusaha terdahulu yang tidakpun memasuk tender berkenaan telah diberikan peluang sekali lagi. Sekali lagi sepatutnya rundingan terus patut dilakukan tanpa menyusahkah dan memberikan harapan kepada orang lain yang berminat.

KEADILAN YANG RUGIKAN BANGSA  

Posted by Tok Bathin


Bulettin Utama TV3 semalam melaporkan DS Najib mengumumkan bajet pelajaran bagi Pakej Ransangan Ekonomi;
RM50 juta untuk Sekolah Melayu
RM50 juta untuk Sekolah Cina
RM50 juta untuk Sekolah India

Bajet adil kah ini? Sebagai contoh: RM50.00 bahagi 10 orang @ RM5.00, RM50.00 bahagi 5 orang @ RM10.00, RM50.00 bahagi 2 orang @ RM25.00.

Siapa yang akan untung? Atau apakah bajet ini sebagai mengambil hati kaum cina dan India? Atau ini bajet melayu penakut?

Presiden Persatuan Jiao Zong, Ong Chiaw Chuan mengugut Menteri Pelajaran supaya mengembalikan pelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda mereka. (baca disini) (dan lagi disini)