APAKAH KERAJAAN DAN AGENSI-AGENSI KERAJAAN TELUS?  

Posted by Tok Bathin

Apakah Kerajaan dan Agensi-agensi Kerajaan bersikap telus dalam pemberian tender? Terbaru adalah Kem Kecemerlangan Alam Sekitar Sungai Tabong di Kuala Tahan, Jerantut. Kem berkenaan telah dibina oleh JKR dengan kerjasama UPEN,JPS serta Perhutanan Pahang. Siap dibina beberapa tahun lalu dan prtoses tender telahpun dibuat. Kita telahpun dimaklumkan bahawa ada individu telah disahkan mendapat tender berkenaan namun ianya ditangguhkan oleh Exco Pelancongan dahulu atas sebab-sebab tersendiri. Bagaimanapun setelah beliau tidak lagi mencengkam dalam kuasa yang melibatkan projek berkenaan maka sekali lagi tender dibukakan. Malangnya tidak ada sesiapapun yang dipanggil untuk membuat ‘presentation’ seperti dahulu dan kem tersebut telah diberikan kepada individu lagi secara ‘pemberian terus’ (?)

Kita sangat kesal dan dukacita dengan keputusan Jabatan Hutan Pahang kerana membuatkan keputusan demikian. Sekiranya kem ini hendak diberikan kepada orang-orang tertentu, kenapakah tender dibukakan? Kenapa tidak diberi secara runding terus? Ini meletakkan harapan kepada mereka yang berminat disamping menyusahkan mereka.

Jabatan Hutan Pahang juga dikecam kerana memberikan tender pengurusan Taman Rimba Kenong kepada sebuah syarikat bukan bumiputera sedangkan dalam syarat terdahulu ianya adalah satu kewajipan. Dimana sikap telus agensi kerajaan itu? Mungkin kita boleh mendapatkan maklumat berkenaan daripada bekas Pegawai Hutan Daerah Tuan Haji ‘Shaklee’ Hasbullah.

UPEN juga dikecam berikutan kes Pesona Resort di Kuala Tahan. Pengusaha terdahulu dilihat gagal menjelaskan bayaran oleh yang demikian pihak kerajaan telah memutuskan untuk menender semula. Bagaimanapun setelah tender dikeluarkan pihak pengusaha terdahulu yang tidakpun memasuk tender berkenaan telah diberikan peluang sekali lagi. Sekali lagi sepatutnya rundingan terus patut dilakukan tanpa menyusahkah dan memberikan harapan kepada orang lain yang berminat.

0 comments

Post a Comment